fbpx

Paras air empangan Tasik Bukit Merah meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razman Zakaria menghadiri Program Sambutan Tahun Baru Cina 2022 di Taman Kerian Permai Parit Buntar.- Foto oleh WAT KAMAL ABAS

PARIT BUNTAR – Pesawah di daerah ini boleh menarik nafas lega kerana bekalan air ke sawah akan disalurkan mengikut jadual yang ditetapkan berikutan peningkatan paras air di Tasik Empangan Bukit Merah.

Pengerusi Perladangan, Pertanian dan Bekalan Makanan, Razman Zakaria berkata, paras air di tasik itu mencatatkan peningkatan dalam beberapa hari ini kerana hujan.

“Paras air di empang tasik ini berada pada bacaan 7.46 meter hari ini berbanding 6.41 minggu lalu kerana berlakunya hujan di kawasan ini.

“Sehubungan itu, ,bekalan air ke sawah padi untuk kompatmen A, B dan C akan mengikut jadual asal tanpa ada penjadualan semula,” katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Lajnah Perpaduan Nasional Perak di Taman Kerian Permai Parit Buntar dekat sini hari ini.

Menurut Razman, pengairan penanaman padi bagi musim 1/2022 akan disalurkan kepada kompatmen A bermula Isnin depan melibatkan kawasan seluas 1,365 hektar.

“Selepas itu bekalan air akan disalurkan pada kompatmen yang lain seperti kompatmen B dan C dengan keluasan 7,695 hektar.

“Cadangan pembenihan awan tidak akan dilakukan pada masa ini memandangkan paras air yang kian meningkat di empangan tasik itu,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI