fbpx

Jerai Geopark sasar pengiktirafan bertaraf dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sabri melancarkan Program Eksplorasi Berkayak Sungai Merbok@Jerai Geopark 2022 di Kompleks Pelancongan Jeti Sungai Merbok, Semeling, hari ini.

SUNGAI PETANI – Jerai Geopark di daerah Kuala Muda dan Yan dekat sini disasarkan menjadi Global Geopark atau geopark bertaraf dunia menjelang tahun 2025.

Pengurus Jerai Geopark, Mohd. Amin Ali berkata, pihaknya bersama Majlis Daerah Yan (MDY) berhasrat menjadikan Jerai Geopark sebagai Global Geopark ketiga di negara ini selepas Geopark Langkawi di Kedah dan Geopark Kinabalu di Sabah yang akan menyusul dalam masa terdekat ini.

Beliau berkata, Jerai Geopark berjaya mengekalkan status Jerai Geopark Kebangsaan untuk tempoh empat tahun lagi.

“Bagaimanapun kita tidak mahu terus ‘terlekat’ di peringkat kebangsaan dan menyasarkan untuk naik taraf ke peringkat dunia menjelang tahun 2025.

“Pelbagai usaha yang kita lakukan untuk mencapai hasrat tersebut dengan sokongan penuh daripada kerajaan negeri,” katanya yang juga Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Eksplorasi Berkayak Sungai Merbok@Jerai Geopark 2022 di Kompleks Pelancongan Jeti Sungai Merbok, Semeling dekat sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI