fbpx

Lelaki maut lori terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori muatan berat yang terbalik di Kilometer 10, Jalan Betong-Sarikei dalam kemalangan pagi tadi menyebabkan lelaki berusia 39 tahun tersepit.

KUCHING – Seorang lelaki maut apabila lori muatan berat yang dipandu kemalangan dan terbalik di Kilometer (KM) 10, Jalan Betong menghala ke Sarikei pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Betong, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Jusmandie Jamaie berkata, insiden itu berlaku sekitar pukul 9.24 pagi tadi.

“Seramai lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong dikejarkan ke lokasi kejadian dan mendapati sebuah lori dengan muatan sepuluh tan dalam keadaan terbalik setelah terlibat dalam kemalangan.

“Mangsa yang berusia 39 tahun itu berada di bahagian pemandu dengan sebahagian tangan tersepit dibawah lori menyebabkan kerja-kerja menyelamat agak sukar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pasukan penyelamat terpaksa mendapatkan bantuan jentera jengkaut dari TRC Pan Borneo untuk menstabilkan dan mengangkat lori bagi mengeluarkan mangsa.

“Lelaki itu berjaya dikeluarkan dalam tempoh 20 minit, tetapi telah disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan.

“Mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 10.30 pagi tadi,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI