fbpx

Petugas PPV didakwa tidak hormat orang tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video dimuat naik lelaki itu yang mendakwa petugas di PPV Bukit Jalil sebagai biadab.

PETALING JAYA- Seorang pengguna media sosial mendakwa petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bertindak biadab dengan tidak menghormati orang tua ketika lelaki itu mendapatkan suntikan vaksin di situ.

Menerusi perkongsian video di TikTok milik Nordin Ahmad, petugas di PPV berkenaan dikatakan bertindak biadab apabila memberikan arahan kepada orang ramai dengan bahasa kasar.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di PPV Bukit Jalil di mana ia menjadi lokasi mega bagi pemberian dos penggalak bagi rakyat yang tinggal sekitar Lembah Klang.

Video dimuat naik lelaki itu ditonton lebih 2.6 juta kali selain mendapat reaksi balas melebihi 5,800 komen.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna media sosial memberi reaksi pelbagai terhadap insiden berkenaan selain mendoakan agar salah faham itu dapat diselesaikan dengan cara baik.

“Mungkin ada salah faham antara petugas dan pak cik itu, moga diselesaikan cara baik,” kata Mami Ina Zai.

“Tegas itu perkara biasa, jangan sampai biadab, kerja macam tu ringan jangan kecoh. Macam buat kerja berat sangat,” kata Hobiatok6.

“Pernah jadi petugas PPV, dan maaf cakap, kadang-kadang geng pak cik ini suka buat kepala, ramai hati perlu dijaga, bukan seorang,” ujar Aries Azam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI