fbpx

Nak beli iPhone 13 RM250, jurujual rugi RM2,310

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Akibat terpedaya dengan iklan jualan telefon pintar iPhone yang murah seorang jurujual mengalami kerugian RM2,310 selepas ditipu dalam urusan pembelian iPhone 13 secara dalam talian di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula kelmarin apabila mangsa berumur 25 tahun yang berada di rumahnya di Jalan Haji Ahmad di sini melihat iklan jualan iPhone 13 pro berharga RM250 di laman Instagram.

“Mangsa telah berhubung dengan penjual di nombor 6285311725779 dan setelah berbincang, mangsa berminat untuk membeli sebuah telefon bimbit jenama iPhone 13 pro berwarna ‘sierra blue’ yang berharga RM250.

“Bagi membuat pembelian tersebut mangsa telah membuat empat kali transaksi ke dalam dua akaun bank atas nama Mat Saad bin Shaari sehingga berjumlah RM2,310 menggunakan wang simpanan dan meminjam dari rakannya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, selepas pembayaran berkenaan suspek masih meminta mangsa menjelaskan pembayaran kastam menyebabkan mangsa berasa diperdaya dan membuat laporan polis.

Menurut Mohd. Wazir kes berkenaan disiasat mengikut Seksyan 420 Kanun Keseksaan dan siasatan masih giat dilakukan bagi mengesan suspek.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati modus operandi dalam kes itu ialah suspek memperdaya mangsa dalam urusan pembelian iPhone di Instagram sehingga mangsa mengalami kerugian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI