fbpx

Sinovac sebagai dos penggalak di PPV bermula Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Vaksin Sinovac sebagai dos penggalak akan mula disediakan di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Offsite di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) secara percuma mulai 14 Februari ini.

ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. berkata, ia susulan pengumuman Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada 7 Februari lalu untuk membenarkan penerima vaksin Sinovac sebelum ini mendapatkan vaksin berkenaan sebagai dos penggalak.

“Oleh itu, mereka yang layak untuk menerima dos penggalak dan ingin mendapatkan vaksin jenis Sinovac boleh menyemak senarai PPV Offsite di laman web ProtectHealth di pautan www.protecthealth.com.my.

“Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (KKM) masih mengesyorkan dos penggalak jenis Pfizer untuk penerima vaksin Sinovac kerana ia menawarkan tahap perlindungan yang lebih tinggi,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan perkara tersebut boleh menguhubungi ProtectHealth di talian 03 8687 2525 atau emel ke [email protected]. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI