fbpx

530 kanak-kanak telah terima vaksin Covid-19 di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PICKids di Pulau Pinang bermula Isnin lalu.

GEORGE TOWN – Seramai 530 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) di negeri ini yang bermula Isnin lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr. Norlela Ariffin berkata, kesemua kanak-kanak berkenaan menerima vaksin tersebut di dua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu di Hospital Pulau Pinang dan Hospital Seberang Jaya.

“Setakat ini seramai 530 kanak-kanak iaitu 430 kanak-kanak dan Seberang Perai (100) telah menerima vaksin Covid-19.

“Selain itu, sebuah PPV Khas Paediatrics akan dibuka di Hospital Bukit Mertajam bermula Selasa depan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Seramai 40,000 daripada 160,000 kanak-kanak berusia dari lima hingga 11 tahun telah didaftarkan untuk PICK Kids di Pulau Pinang.

PICKids Pulau Pinang bermula pada Isnin lalu dengan 10 kanak-kanak menjadi antara kanak-kanak terawal menerima vaksin Covid-19.

Dalam pada itu, Norlela berkata, pihaknya masih berdepan cabaran untuk meyakinkan ibu bapa agar bersetuju untuk mendapatkan vaksin bagi anak mereka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI