fbpx

Kesesakan lalu lintas di Jakarta semakin baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Jakarta mengambil masa selama 34 peratus lebih lama untuk tiba di lokasi perjalanan berbanding di luar waktu kesesakan. - Agung Pambudhy

JAKARTA – Indeks  kesesakan lalu lintas antarabangsa mendapati  Jakarta berada di tempat ke-46 dalam senarai bandar paling sesak di dunia pada tahun 2021, kedudukan yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya, lapor laman berita Detik semalam.

Berdasarkan Indeks Lalu Lintas TomTom, kedudukan Jakarta mencatatkan trend pemulihan sejak 2017, di mana kedudukannya menurun daripada tempat ke-4, ke-7, ke-10, ke-31 dan ke-46 pada tahun lepas.

Kadar kesesakan juga semakin berkurang menjadi 34 peratus pada 2021 berbanding 36 peratus pada tahun 2020.

Menurut TomTom, penduduk Jakarta mengambil masa  34 peratus lebih lama untuk tiba di lokasi perjalanan berbanding di luar waktu kesesakan.

“Data menunjukkan bahawa waktu perjalanan di Jakarta berkurang dua minit setiap hari berbanding tahun 2020,” jelasnya.

Tambah indeks tersebut, waktu puncak bagi kesesakan lalu lintas di bandar ibu negara Indonesia itu adalah antara pukul 5 petang hingga 6 petang (waktu tempatan) pada hari Isnin.

“Jika seseorang itu melakukan perjalanan sebelum pukul 5 petang (waktu tempatan) pada hari Isnin, dia dapat menjimatkan masa selama empat jam setahun (untuk perjalanan selama 30 minit),” katanya.

Indeks Lalu Lintas TomTom dihitung dalam kalangan 404 bandar di 58 buah negara yang merangkumi enam benua. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI