fbpx

Dua rumah kedai bitcoin diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Ridhwan (dua kanan) menunjukkan mesin bitcoin yang dirampas dari dua rumah kedai di Banting.

KUALA LANGAT – Kegiatan dua rumah kedai yang beroperasi melombong bitcoin sejak sebulan lalu terbongkar apabila diserbu dalam kejadian di Taman Nilam, Banting di sini semalam.

Serbuan pukul 6.20 petang dilakukan polis bersama unit Seal Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor itu turut merampas pelbagai barangan dianggarkan bernilai RM210,000 termasuk 135 mesin bitcoin namun tiada tangkapan dilakukan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor@Saleh berkata, hasil siasatan pihak TNB mendapati terdapat bacaan yang meragukan pada meter premis bernombor 152 dan 154 dan mengesyaki ada berlakunya kecurian elektrik disebabkan kegiatan Bitcoin.

Katanya, semasa serbuan dijalankan tiada penjaga premis yang berada di kedua-dua premis tersebut.

“Berdasarkan siasatan mendapati aktiviti jenayah itu dilakukan sejak sebulan lalu.

“Ini telah mengakibatkan kerugian antara RM 50,000 hingga RM 60,000 sebulan. sehingga RM60,000 kepada TNB,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, pihaknya turut merampas empat modem, dua telefon bimbit, dua set kelengkapan komputer.

Ahmad Ridhwan menegaskan polis sedang berusaha untuk mengesan penyewa dan pemilik premis.

“Kes disiasat di bawah seksyen 379/427 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan khianat,” jelasnya.  -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI