fbpx

Ular ikut naik kapal terbang dari KL ke Tawau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor ular dilihat berada dalam pesawat dipercayai dalam penerbangan ke Tawau dikongsi oleh pengguna media sosial.

PETALING JAYA – Tular sebuah video berdurasi 14 saat memaparkan kelibat seekor ular di dalam sebuah pesawat sehingga menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan orang ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial @edal8808, difahamkan pesawat terbabit dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau, semalam.

Selain itu, seorang lagi pengguna media sosial @norhidayahmohdbust, turut berkongsi di ruangan komen video terbabit menyatakan pesawat terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Kuching, Sarawak susulan kemunculan reptilia yang tidak diundang itu ke dalam pesawat.

“Kapten penerbangan kata terpaksa mendarat di Kuching sebab cuaca buruk di Tawau.

“Yang hairan kenapa ada bomba depan pintu, kami dapat agak mesti mereka nak keluarkan ular itu terlebih dahulu,” kongsinya.

Tambahnya lagi, perjalanannya ke Tawau dipenuhi dengan ujian kerana penerbangan awal yang dijadualkan pada Rabu dibatalkan tetapi juga beberapa kali bertukar masa penerbangan selepas mengambil tarikh keesokan harinya.

“Mendarat di Kuching masa itu, penerbangan yang penuh ujian sebenarnya.

“Awalnya penerbangan sembilan haribulan tetapi dibatalkan jadi saya tukar ke tarikh 10 haribulan pukul 12.50 tengah hari. Lepas itu, tukar pukul 2.10 petang, lepas itu 3.25 petang dan terakhir 4.40 petang. Itu pun mula bergerak 5.30 petang dan akhirnya tersangkut di Kuching pula,” jelasnya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI