fbpx

Busana songket kahwin Azzam Sham, Usop sama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR perkahwinan dua penyanyi, Ucop dan Azzam (kanan) bersama isteri masing-masing yang secara kebetulan mengenakan busana songket berwarna hampir sama menarik perhatian ramai.

BERITA perkahwinan Usop dan isteri, Nur Fatihah Md Hashim masih menjadi bualan netizen sehingga tular beberapa keping gambar busana perkahwinannya.

Memakai baju songket berwarna merah hati sedondon dengan Fatiha, netizen mula ‘perasan’ corak baju tersebut sama dengan busana pengantin Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie.

Lebih menarik perhatian, netizen juga turut perasan Azzam dan Usop memakai baju berwarna biru pada majlis pertunangan mereka.

“Sejak zaman bujang sehingga sudah menjadi suami,” tulis netizen.

“Ini baru namanya kawan baik, baju tunang sehingga bersanding tetap sama,” komen netizen.
Video tersebut telah meraih lebih 660,000 tontonan dalam TikTok selain 52,000 tanda suka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI