fbpx

Hyuri tidak mahu dibayangi Ifedayo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HYURI merasakan tiada guna untuk mana-mana pasukan terlalu mengingati sumbangan pemain terdahulu, sebaliknya perlu segera buka buku baharu dengan barisan pemain sedia ada.

PENYERANG Selangor FC, Hyuri Henrique tidak mahu terlalu dibayangi dengan reputasi Ifedayo Olusegun memandangkan Red Giants bakal mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) dengan skuad berbeza dan sudah pun dibarisi beberapa pemain baharu.

Walaupun mengagumi pres­tasi dan pencapaian yang direkodkan Ifedayo bersama Selangor, Hyuri merasakan tiada guna untuk mana-mana pasukan terlalu mengingati sumbangan pemain terdahulu, sebaliknya perlu segera buka buku baharu dengan barisan pemain sedia ada.

“Saya ada menonton video membabitkan Selangor dan saya dapat lihat yang Ifedayo merupakan seorang penyerang yang bagus. Tetapi saya yakin yang pasukan ini memiliki pemain berkualiti.

“Selangor juga ada Herlison Caion, seorang pemain yang agak baik dan sudah pun terbukti ketika berada di Thailand. Dengan gabungan ini (pemain berpengalaman dan muda) mampu menghadirkan sesuatu buat Selangor,” katanya.

Musim lalu menjadi detik paling gemilang buat Ifedayo apabila muncul penjaring gol terbanyak Liga Super dalam semusim selepas menghasilkan 25 gol, mengatasi rekod 23 gol yang pernah dilakukan Mohammed Ghaddar pada 2017.

Bagaimanapun, penyerang kelahiran Nigeria itu mengambil keputusan berhijrah dengan menyertai bekas pasukannya, Melaka United.

Sebelum ini, Hyuri hanya bermain di Emiriyah Arab Bersatu dan China, sekali gus penyertaannya bersama Selangor kali ini menjadi pengembaraan sulung buat karier pemain itu di Asia Tenggara.

“Sebelum ini, saya agak jarang mendengar tentang bola sepak di Malaysia dan saya terkejut dengan kualiti yang ada pada pemain. Begitu juga dengan pemain muda yang ada dalam pasukan ini, mereka juga miliki kualiti tersendiri.

“Selepas mula bergaul de­ngan orang sekeliling, saya kini tidak sabar untuk turun beraksi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI