fbpx

‘Kekalkan fokus, bukannya bersorak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD B-23 Malaysia berlepas ke Kemboja bagi menghadapi Kejuaraan B-23 AFF di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang semalam.

BERITA penarikan diri juara bertahan, Indonesia tidak meletakkan skuad bawah 23 tahun (B-23) negara dalam situasi selesa bagi menghadapi kempen Kejuaraan B-23 Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) kali ini.

Sebaliknya, pengendali negara, Brad Maloney lebih berminat untuk memastikan pasukan berada dalam keadaan terbaik dan bukannya ‘bersorak’ lebih awal dengan penarikan diri Indonesia.

“Tidak dinafikan Indonesia sebuah pasukan yang mengujakan kerana memiliki pemain muda berkualiti dan pernah bermain bersama skuad senior.

“Apa pun, kita perlu memastikan seluruh pasukan kekal fokus kepada cara dan permai­nan sendiri. Kami perlu pastikan kami berjaya capai apa yang dimahukan,” katanya.

Semalam, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mengejutkan ramai pihak selepas mengambil keputusan menarik diri daripada menyertai Kejuaraan B-23 AFF selepas tujuh pemainnya dijangkiti Covid-19.

Tujuh pemain Indonesia yang disahkan positif Covid-19 adalah Ronaldo Joybera R Junior, Muhammad Ferrari, Braif Fatari, Taufik Hidayat, Irfan Jauhari, Ahmad Figo Ramadhani dan Cahya Supriyadi.

Empat lagi pemain iaitu Alfeandra Dewangga, Genta Alparedo, Muhammad Kanu Helmiawan dan Marcelino Ferdinan masih dalam proses pengasingan ke­rana berada sebilik dengan tujuh pemain yang positif.

Indonesia sepatutnya menjadi lawan skuad negara dalam aksi Kumpulan B bersama-sama Myan­mar dan Laos.

Hanya tiga juara kumpulan dan satu naib juara terbaik akan mara ke peringkat separuh akhir yang dijadualkan berlangsung 24 Februari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI