PETALING JAYA – Setiausaha Politik Menteri Luar Negeri, Muhammad Mujahidin Zulkiffli merupakan antara individu terkini yang mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mujahidin menyerahkan pengisytiharan itu kepada SPRM pada 5 Januari lalu.
Menurut maklumat laman itu, pendapatan bulanan Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Saifuddin Abdullah itu merekodkan RM32,350 dengan jumlah aset sebanyak RM2.5 hingga RM5 juta.
Turut mengisytiharkan harta pada tahun lepas ialah Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Muhammad Islahuddin Abas pada 19 November lalu dengan pendapatan bulanan sebanyak RM 17,884 dengan jumlah aset bernilai kurang daripada RM1 juta.
Mohd. Fahmi merupakan Setiausaha Politik Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad. -K! ONLINE