fbpx

Lelaki dicari bantu kes remaja perempuan bunuh bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Hazuarie.

KEMAMAN – Seorang lelaki diminta tampil untuk membantu siasatan kes seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang disyaki membunuh bayinya pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, individu terbabit yang dikenali Mohammad Hazuarie Hassan, 20, kini dipercayai berada di utara Terengganu.

“Kita telah mencari di rumahnya di daerah ini tetapi dia tiada dipercayai sudah melarikan diri.

“Saya minta dia menyerah diri secara sukarela bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Hanyan berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat tentang Mohammad Hazuarie juga dimohon membantu dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Afif Mohd Amin di talian 012-6380342 atau mengunjungi balai polis terdekat.

Kosmo! pada Rabu lalu melaporkan remaja perempuan berusia 15 tahun disyaki menikam bayi lelaki yang dilahirkannya sehingga mati. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI