PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Sabah dan Sarawak malam ini.
MetMalaysia dalam laporannya berkata, cuaca buruk itu dijangka berlaku sehingga pukul 8 malam.
“Di Sarawak, amaran dikeluarkan di beberapa kawasan melibatkan Kuching, Sibu (Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu dan Miri (Subis dan Miri).
“Manakala di Sabah, cuaca buruk tertumpu di kawasan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu. -K! ONLINE.