fbpx

MPK tawar 29 lokasi bazar di Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KLANG – Majlis Perbandaran Klang (MPK) menawarkan sebanyak 29 lokasi bagi permohonan Bazar Juadah dan Bazar Aidilfitri tahun ini.

Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, secara pecahan bagi Bazar Juadah sempena Ramadan melibatkan 27 lokasi dengan 887 tapak keseluruhan.

Katanya, permohonan bagi tapak bazar itu dibuka pada 28 Februari ini.

“Bazar Aidilfitri pula disediakan 300 tapak keseluruhan dengan hanya melibatkan dua lokasi iaitu Jalan Taiping (248 tapak) dan Lorong Selamat (52).

“Mereka berminat boleh memohonnya mulai 28 Februari sehingga 11 Mac ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan bayaran dikenakan adalah RM150 bagi tapak yang tidak digunakan untuk pasar malam manakala RM130 bagi tapak yang digunakan.

“Borang permohonan boleh didapati secara dalam talian melalui Sistem Permohonan Permit Perniagaan Sementara dengan melayari portal Majlis Perbandaran Klang (https://iportal.mpklang.gov.my/PermitOnline),” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI