fbpx

Ezzaty Abdullah timang anak kedua, dapat bayi lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN selebriti, Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos menimang cahaya mata kedua iaitu bayi lelaki yang dilahirkan awal pagi tadi.

PETALING JAYA – Pelakon Ezzaty Abdullah selamat menimang bayi keduanya yang dilahirkan pada awal pagi tadi.

Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim itu menerusi hantaran dimuat naik dalam Instagramnya.

Menurut Ezzaty, 32, anak keduanya yang merupakan bayi lelaki selamat dilahirkan pada pukul 3.53 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Rawang, Selangor.

“10 Rejab, pagi Jumaat. Pukul 3.53 pagi, lahir bayi kami dengan selamat.

“Terima kasih atas doa yang tidak putus daripada semua. Alhamdulillah,” tulis Ezzaty yang memuat naik gambar tangan bayinya.

Bayi lelaki Ezzaty dilahirkan secara normal dengan berat 2.95 kilogram.

Menurut pelakon itu lagi, proses melahirkan anak keduanya itu tidak banyak berbeza berbanding pengalaman ketika menimang cahaya mata sulung, Harum Dahlia lima tahun lalu.

“Alhamdulillah, sudah ada sepasang (lelaki dan perempuan). Cuma proses kelahiran kali ini saya akui rasa macam nak tercabut nyawa.

“Tapi syukur, Allah permudahkan dan percepatkan proses kelahiran bayi ini. Jadi tidaklah terlalu lama saya menahan sakit,” ujarnya.

Pada masa sama, Ezzaty mendedahkan dia dan suami, Azwan Kombos sudah memilih nama untuk puteranya itu.

Dia bagaimanapun memilih untuk berkongsi tentang nama dan wajah anak kedua itu selepas tujuh hari kelahiran ataupun sewaktu berakhirnya proses berpantang kelak.

Untuk rekod, Ezzaty dan Azwan berkahwin pada 16 Julai 2016 di Bentong, Pahang.

Hasil perkahwinan, pasangan selebriti itu dikurniakan cahaya mata sulung iaitu anak perempuan bernama Harum Dahlia yang kini berusia lima tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI