fbpx

20,939 kes Covid-19 dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 terus melonjak melepasi angka 20,000 dengan 20,939 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,996,361 kes.

Kali terakhir negara mencatatkan kes melepasi angka tersebut ialah pada 5 September lalu dengan 20,396 kes direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan pada laman Twitter memaklumkan, daripada jumlah tersebut, sebanyak 118 kes (0.56 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 20,821 kes (99.44 peratus) kategori satu dan dua.

Berdasarkan pecahan kategori satu sebanyak 5,181 kes (24.74 peratus), kategori dua pula 15,640 kes (74.7 peratus), kategori tiga 95 kes (0.45 peratus), kategori empat 13 kes (0.06 peratus) dan kategori lima 10 kes (0.05 peratus). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI