fbpx

2,363 tahi judi ditangkap di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash Wahid (kanan) menunjukkan gambar individu yang dikehendaki polis pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak semalam. - FOTO ZULFACHRI ZULKIFLI.

IPOH- Seramai 2,363 individu ditahan kerana terlibat dalam aktiviti perjudian haram di negeri ini sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kesemua suspek ditangkap menerusi 1,810 operasi yang dijalankan di setiap daerah di Perak bagi membanteras kegiatan judi haram.

Katanya, mereka yang ditahan didapati terlibat dalam aktiviti loteri awam haram dengan 1,357 orang, judi dalam bangunan (171), judi tempat awam (262), catat taruh haram (280) dan mesin perjudian (293).

“Sepanjang tahun lalu, sebanyak 1,810 serbuan dijalankan di mana kita telah merampas 333 mesin yang digunakan bagi tujuan perjudian haram.

“Dalam tempoh itu juga, sebanyak 77 premis yang dikesan menjalankan aktiviti perjudian tanpa lesen turut dikenakan potongan bekalan elektrik selain 14 premis dibatalkan permit perniagaan,” katanya di sini.

Menurut Mior Farid, tindakan membanteras kegiatan perjudian tidak hanya melibatkan serbuan dan rampasan, sebaliknya pihak bertanggungjawab juga didakwa di mahkamah.

Katanya, setakat ini, tiga sindiket yang menjalankan kegiatan pusat panggilan dan judi dalam talian telah dituduh di mahkamah melibatkan tangkapan 12 lelaki dan empat wanita, hasil serbuan antara Mei hingga Oktober tahun lalu.

“Untuk tempoh Januari tahun ini pula, polis telah melaksanakan 226 serbuan dengan 266 tangkapan serta merampas 37 mesin judi,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI