fbpx

Lelaki cuba bunuh diri, ikat tali pada wayar elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki cuba membunuh diri di atas bumbung sebuah rumah teres di Kampung Hulu, Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Seorang lelaki dipercayai warga asing berjaya dipujuk anggota bomba dan polis ketika cuba membunuh diri di atas bumbung sebuah rumah teres setingkat di Kampung Hulu di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 malam itu, lelaki berusia lingkungan 30-an terbabit dipercayai mahu menggantung diri menggunakan tali yang diikat pada wayar elektrik berhampiran rumah tersebut.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja di sini, Pegawai Bomba Kanan II Arizal Mahmud berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira pukul 7.47 malam.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, individu itu didapati masih berada di atas bumbung rumah.

“Dia pada awalnya enggan untuk turun ke bawah ketika dipujuk komander operasi, namun turun setelah ketibaan pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, lelaki terbabit kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI