fbpx

Amaran ribut petir di 9 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di sembilan buah negeri sehingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, negeri yang terlibat ialah seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta beberapa daerah di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah.

“Di Perak, daerah yang bakal mengalami hujan lebat beserta ribut petir ialah Manjung, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Sementara di Kelantan, cuaca sama dijangka melanda Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, MetMalaysia turut memaklumkan keadaan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sedang tertumpu bagi kawasan Besut, Hulu Terengganu serta Kemaman di Terengganu.

“Manakala di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Maran, Kuantan, Bera serta beberapa daerah di Selangor termasuklah Kuala Selangor, Klang, Gombak dan Petaling,” ujarnya.

Sementara itu, di Sarawak pula, hujan lebat serta ribut petir sedang tertumpu bagi kawasan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Katanya lagi, keadaan yang sama turut berlaku sekitar Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan) di Sabah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI