fbpx

Bapa rayu bantuan urus anak OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
nurul ridzuan (kanan) bersama Ainul Mardhiah (tengah) dan Norashikin ketika ditemui di Felda Kota Gelanggi, Jerantut semalam.

JERANTUT – Seorang lelaki me­rayu kepada orang ramai supaya membantunya untuk menampung perbelanjaan menguruskan anaknya yang menjadi orang kelainan upaya (OKU) selepas terlibat dalam kemalangan empat tahun lalu.

Nurul Ridzuan Ab. Rahman, 36, berkata, anaknya, Ainul Mardhiah, 5, mengalami kecacatan kekal dan tidak boleh menutupkan mata selepas 26 hari berada di unit rawatan rapi.

Katanya, kemalangan itu telah mengubah 100 peratus kehidupannya dan isteri, Norashikin Omar, 32.

“Kemalangan itu berlaku apabila kereta yang saya pandu bertembung dengan sebuah jengkaut hingga mengakibatkan tempurung kepala Ainul Mardhiah retak selain tangan dan ka­kinya patah.

“Kehidupan kami berubah apabila Norashikin terpaksa berhenti kerja bagi menjaga anak yang sakit dan terpaksa berulang-alik ke hospital mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Tambahnya, ujian terus ber­timpa apabila dia diberhentikan kerja kerana kerap mengambil cuti bagi menjaga anaknya yang masih belum pulih.

Menurut Nurul Ridzuan, dia terpaksa membawa pulang keluarga ke kampung di Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut akibat tiada pekerjaan tetap dan masalah kewangan.

“Saya berusaha mencari kerja tetap di kampung bagi menampung keperluan keluarga dan ra­watan susulan anak,” katanya.

Menurut bapa kepada tiga anak itu, pada masa ini dia hanya menerima bantuan seba­nyak RM200 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mengambil upah bekerja di ladang sawit dengan pendapatan antara RM20 hingga RM50 sehari.

“Kalau hendak ikutkan, ia masih belum mencukupi kerana saya memerlukan kira-kira RM1,000 setiap bulan untuk perbelanjaan rawatan susulan termasuk pembedahan serta keperluan susu khas dan lampin pakai Ainul Mardhiah,” katanya.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan bantuan boleh menghubungi Nurul Ridzuan di talian 019-8713451 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank Nurul Ridzuan Ab. Rahman (152116464052).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI