fbpx

WHO gesa dana RM67 bilion dari negara kaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WHO menuntut dana dari negara kaya bagi mempercepatkan pembangunan vaksin untuk menamatkan pandemik Covid-19 pada tahun ini. - Google

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa negara kaya untuk menyediakan dana segera bernilai AS$16 bilion (RM67 billion) yang masih kurang untuk membiayai pelan  memerangi pandemik Covid-19.

Menurut laporan Euronews, dana tersebut boleh digunakan untuk membangunkan lebih banyak vaksin untuk diedarkan ke negara-negara miskin yang masih rendah kadar imunisasinya.

“Sains memberi kita alat untuk memerangi Covid-19 dan jika ia dikongsi secara global atas nama perpaduan, kita boleh segera menamatkan status Covid-19 sebagai sebagai kecemasan kesihatan global pada tahun ini,” kata Ketua Pengarah WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Pemecut ACT-A, akronim untuk Akses kepada alatan melawan COVID, ialah peranti yang dicipta oleh pelbagai agensi kesihatan antarabangsa termasuk Bank Dunia serta Yayasan Bill dan Melinda Gates.

Diterajui oleh WHO, ia bertanggungjawab  mempercepatkan akses kepada alat untuk memerangi Covid-19 di negara membangun.

Salah satu komponennya adalah sistem COVAX, yang ditubuhkan pada permulaan wabak bertujuan menjamin akses yang saksama untuk seluruh dunia kepada vaksin. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI