fbpx

Zouma hilang tajaan Adidas angkara kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZOUMA tidak lagi menjadi atlet di bawah tajaan Adidas selepas kontraknya dibatalkan ekoran penyebaran video penganiayaan yang dilakukan terhadap kucing. – AFP

LONDON – Pemain pertahanan West Ham United, Kurt Zouma kehilangan penajaan bersama jenama sukan terkenal, Adidas selepas video dia menendang dan mengasari kucing peliharaannya tersebar di media sosial.

Pemain berusia 27 tahun itu juga turut didenda £250,000 (RM1.41 juta) oleh kelabnya ekoran perbuatan tersebut selepas abangnya, Yoan merakam video berkenaan sebelum ia tersebar secara meluas.

Ketika diturunkan sewaktu aksi menentang Watford kelmarin, Zouma terpaksa berdepan cemuhan penyokong, namun masih berjaya membantu West Ham meraih kemenangan 1-0 pada aksi berkenaan.

Sebelum ini, penaja West Ham, Vitality yang merupakan syarikat insurans melibatkan kesihatan, nyawa dan kenderaan telah meng­umumkan penggantu­ngan kerjasama mereka bersama kelab berkenaan.

Terbaharu, Adidas mengesahkan bahawa hubungan mereka bersama Zouma yang bermula tahun lalu turut ditamatkan serta-merta ekoran kejadian tersebut.

“Kami sudah mendapatkan hasil siasatan dan memutuskan bahawa kontrak Kurt Zouma sebagai salah seorang atlet tajaan Adidas ditamatkan serta-merta,” menurut kenyataan yang dike­luarkan oleh syarikat berkenaan.

Dalam pada itu, Pengurus West Ham, David Moyes mendedahkan bahawa keputusannya menurunkan Zouma pada aksi menentang Watford kerana dia merupakan antara pemain terbaik dimiliki kelab itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI