fbpx

RB18 taruhan Red Bull

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENTERA Verstappen akan menggunakan No. 1 pada perlumbaan musim ini selepas dia muncul juara dunia musim lalu. – AFP

LONDON – Kehangatan saingan Formula Satu (F1) kian dirasai selepas pasukan Red Bull me­lancarkan jentera baharu mereka iaitu RB18 dengan misi untuk mempertahankan gelaran pada musim 2022.

Pasukan yang dimiliki syarikat minuman tenaga dari Austria tersebut menjadi pasukan kedua melancarkan jentera secara rasmi kelmarin selepas Haas terlebih dahulu mempamerkan VF-22 pada Jumaat lalu.

Lebih menarik, jentera juara dunia 2021, Max Verstappen akan menggunakan No.1 selain Sergio Perez akan membuat penampilan kedua bersama Red Bull dalam mempertahankan kemenangan.

“Masih banyak yang tidak diketahui mengenai jentera baharu itu. Apa yang penting adalah menyediakan diri anda de­ngan cara yang terbaik terutama persiapan secara fizikal.

“Sudah pasti, saya dan pasukan sangat teruja untuk memulakan sesi ujian pertama bagi melihat kemampuan sebenar jentera di litar,” kata Verstappen.

Ujian pramusim pertama F1 bermula pada 23 hingga 25 Februari ini, manakala perlumbaan pertama musim ini akan membuka tirai pada 20 Mac di Bahrain.
RB18 turun dengan menampilkan reka bentuk aerodinamik selain dipacu unit kuasa daripada pengeluar enjin Jepun, Honda.

Musim lalu, Red Bull berjaya memenangi 11 daripada 22 perlumbaan yang dipandu oleh Verstappen dan Sergio Perez. Sekali gus, mereka menyasarkan aksi konsisten untuk mempertahankan kemenangan dan mengecewakan Mercedes buat kali kedua pada saingan musim baharu nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN