fbpx

Hujan lebat berterusan di Pahang dan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan keadaan hujan secara berterusan bakal melanda negeri Pahang dan Johor sehingga esok.

Sehubungan itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat buruk melibatkan kawasan Rompin, Pahang serta Mersing, Johor.

Selain itu, bagi daerah Segamat, Kluang dan Kota Tinggi di Johor serta Pekan, Pahang turut menerima amaran yang sama peringkat waspada.

Sementara itu, berdasarkan carta gema radar, hujan lebat serta ribut petir sedang berlaku di Perak melibatkan kawasan Bagan Datuk dan Hilir Perak serta Kuala Krai, Kelantan.

“Di Terengganu, kawasan yang terlibat adalah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman.

“Manakala cuaca buruk itu turut melanda kawasan Maran dan Kuantan di Pahang,” katanya di sini hari ini.

Tambah MetMalaysia, hampir keseluruhan negeri Sabah dan Sarawak sedang menerima taburan hujan yang lebat ketika ini.

“Keadaan hujan lebat serta ribut petir bagi enam negeri terlibat dijangka berterusan sehingga pukul 7 malam hari ini,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI