fbpx

PRN Johor : Parti Bangsa Malaysia tanding 2 kerusi DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zakaria Abdul Hamid.

JOHOR BAHRU – Parti Bangsa Malaysia (PBM) bakal bertanding di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ini yang akan diadakan pada 12 Mac ini.

Ketua Penerangannya, Zakaria Abdul Hamid berkata, pihaknya akan mengumumkan kerusi dan nama calon yang akan bertanding sebelum hari penamaan calon iaitu pada 26 Februari ini.

Katanya, PRN Johor adalah medan terbaik untuk PBM memperkenalkan Agenda The Great Reset 2030 mereka.

“Agenda itu terdiri daripada enam tunjang utama iaitu mengeratkan perpaduan kaum, meningkatkan penglibatan golongan muda, memperkasa peranan wanita, pembangunan ekonomi negara, menjana perkembangan sains dan teknologi serta peningkatan kualiti pendidikan di Malaysia.

“Kami berharap dapat memberi saingan kepada parti-parti politik lain yang bertanding di dalam PRN kali ini dengan iltizam mengukuhkan aspirasi demokrasi di Johor,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan PRN Johor akan diadakan pada 12 Mac, manakala tarikh mengundi awal pada 8 Mac dengan tarikh penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI