fbpx

Berita palsu : Lelaki Bangladesh didakwa dibaham harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Polis mengesahkan kejadian lelaki warga Bangladesh dibaham harimau di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands yang tular dalam media sosial sejak awal pagi tadi adalah berita palsu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, tiada laporan diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh berkaitan kejadian itu.

Katanya, gambar tular tersebut juga dipercayai gambar lama yang sengaja disebarkan semula.

“Apa yang ditularkan itu tidak benar dan boleh disahkan sebagai maklumat palsu. Pihak IPD Ipoh juga tidak menerima laporan kes tersebut.

Paparan berita tular palsu dalam Facebook kononnya ada kejadian pekerja Bangladesh mati dibaham harimau di Simpang Pulai.

“Tolong hentikan penyebaran berita itu kerana ia akan mengakibatkan orang ramai terkeliru. Tindakan menyebarkan maklumat tidak benar itu bukan sahaja menimbulkan kegusaran kepada masyarakat malah satu kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Terdahulu, tular dalam media sosial gambar rangka didakwa lelaki warga Bangladesh yang dibaham harimau di Pos Raya antara Simpang Pulai ke Cameron Highlands. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI