fbpx

Rakyat tanpa kewarganegaraan di Sabah akan diberikan kad warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah bercakap pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS-INDUK) bilangan 1 tahun 2022 di Putrajaya hari ini. - FOTO : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kerajaan kini sedang mempertimbangkan cadangan untuk memberikan kad warga asing kepada rakyat tanpa kewarganegaraan di Sabah.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS) di sini hari ini.

Hamzah berkata, cadangan pengeluaran kad warga asing itu dikemukakan Kerajaan Negeri Sabah kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menurutnya, kerajaan negeri mencadangkan supaya semua orang yang berada di Sabah mempunyai identiti atau berdokumen sekali gus membolehkan keberadaan golongan itu dikesan.

“Cadangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa teknikal yang turut disertai kerajaan negeri, KDN, ahli politik dan ketua masyarakat di Sabah.

“Kami merasakan ia satu cadangan yang baik dan punca kuasa yang ada pada Menteri Dalam Negeri boleh keluarkan kad warga asing itu.

“Kita lakukan ini atas dasar sikap perikemanusiaan dan kita tidak tidak mahu masalah ini akan lebih teruk pada masa depan,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI