SEREMBAN – Pasangan kembar seiras berjaya membuktikan mereka mampu menjadi pelajar cemerlang pada Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Ampangan Ke-6 di sini hari ini.
Muhammad Aidil Mohamad Fazli, 21 dan Muhammad Fitri Mohamad Fazli, 21, yang mengambil Diploma Teknologi Elektrik telah mencapai impian dalam bidang tersebut dan kini bekerja sebagai Juruteknik sebuah kilang elektronik di sini.
Pasangan kembar itu mencatat keputusan membanggakan dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) masing-masing 3.73 dan 3.72.
Menurut Muhammad Aidil, selepas tingkatan tiga dia dan kembarnya memilih untuk meneruskan pengajian di Kolej Vokasional Ampangan kerana minat yang mendalam dalam bidang teknikal.
“Tidak sangka kami berdua diterima masuk ke Kolej Vokasional Ampangan dalam jurusan yang sama iaitu Diploma teknologi elektrik memandangkan saya juga memohon jurusan automotif.
“Antara tips kejayaan kami adalah dengan menjadikan YouTube sebagai medium pembelajaran tambahan serta melakukan kerja teknikal bersama,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen Kolej Voksional Ke-6 di Pusat Konvenyen Casa Lagenda sini hari ini. – K! ONLINE.