fbpx

4 penarik kereta didenda RM3,000 kerana merusuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada lapan penarik kereta yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Empat penarik kereta didenda RM3,000 selepas didapati bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan terbabit rusuhan dalam insiden pergaduhan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu di sini bulan lalu.

Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab menjatuhi hukuman itu ke atas tertuduh iaitu Tan Cheng Hooi, 50, Khoo Boo Aik, 47, Lee Soon Aun, 36, dan Y. A. Dharanidharan, 30, selepas mereka mengaku bersalah.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mengambil bahagian dalam satu rusuhan dan dengan sengaja telah merusuh menggunakan topi keledar, rantai besi dan mangga yang merupakan senjata untuk menyerang.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 2.13 petang pada 26 Januari lalu di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu menghala ke pusat bandar George Town.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama lima tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Nazri Abdul Rahim manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Kenzaly Goik.

Difahamkan, kesemua tertuduh membayar denda tersebut yang mana mahkamah turut menetapkan hukuman penjara selama tiga bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda.

Sementara itu, empat lagi penarik kereta yang dituduh secara bersama atas kesalahan tersebut bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI