fbpx

Sindiket eksploitasi video bogel tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Zaman menunjukkan carta penyebaran video bogel dan tangkapan suspek dalam Ops Bugil pada sidang media di IPK Johor, Johor Bahru hari ini. -Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Lelaki kesunyian menjadi sasaran sindiket yang dikesan mengeksploitasi video bogel untuk mendapatkan wang dengan mudah sehingga melibatkan kerugian hampir setengah juta.

Modus operandi digunakan sindiket ini adalah dengan mengumpan mangsa kebiasaannya lelaki berusia antara 20 hingga 40-an untuk melakukan panggilan video menerusi aplikasi MiChat, WeChat dan juga WhatsApp.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mangsa kemudian akan diperdaya untuk berbogel dan melakukan adegan-adegan lucah yang mana perbuatan itu dirakam ahli sindiket.

“Sindiket berkenaan kemudiannya akan menggunakan rakaman tersebut untuk mengugut mangsa dengan wang ringgit dan jika mangsa tidak bayar, rakaman berkenaan akan ditularkan di media sosial.

“Bagaimanapun kegiatan sindiket ini tumpas selepas Polis Johor melakukan tujuh tangkapan pada 16 Januari lalu di sekitar Johor serta Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Selangor,”katanya pada sidang akhbar di IPK Johor di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, mereka yang ditahan melibatkan empat lelaki dan tiga wanita berusia antara 25 hingga 54 tahun.

“Mereka yang ditahan melibatkan tiga lelaki dan seorang wanita Melayu serta seorang lelaki dan dua wanita warga Indonesia yang merupakan pemilik akaun dan juga pemegang kad bank yang bukan milik mereka.

“Hasil daripada tangkapan berkenaan, polis berjaya menyelesaikan 25 kes berkaitan jenayah ini,”katanya.

Kamarul Zaman turut memberitahu, pihaknya telah menerima 368 aduan daripada mangsa melibatkan ugutan penyebaran video bogel dengan kerugian dianggar sebanyak RM485,013 sejak Januari 2021 hingga kini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI