fbpx

Seludup 20 PATI warga Myanmar guna bas persiaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mannadzar (kanan) menunjukkan gambar-gambar 20 PATI Myanmar yang ditahan di Tanah Merah semalam pada sidang akhbar di Markas Taktikal PGA, Lubok Stol hari ini. FOTO YATIMIN ABDULLAH

RANTAU PANJANG – Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan dua lelaki yang menyeludup 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar termasuk seorang wanita menggunakan bas persiaran di hadapan sebuah pasar raya di Tanah Merah dekat sini semalam.

Bas yang membawa PATI itu ditahan kira-kira pukul 3 pagi selepas PGA menerima maklumat berkait dengan aktiviti penyeludupan migran menggunakan bas tersebut.

Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA, Superintendan Mannadzar Nasib berkata, bagaimanapun, anggota PGA menghadapi kesukaran untuk menahan bas itu apabila diganggu oleh sebuah kereta jenis BMW 318i yang dipercayai bertindak sebagai tonto.

Menurutnya, menyedari kehadiran anggota PGA, bas dan kereta tersebut telah memecut laju kenderaan untuk meloloskan diri.

“Semasa mengejar dua kenderaan itu, kereta jenis BMW 318i secara tiba-tiba telah berhenti di Jalan Baroh Pial menghala ke Tanah Merah. Melihat keadaan itu, anggota PGA kemudian telah keluar dari kenderaan untuk membuat pemeriksaan.

“Bagaimanapun, pemandu BMW itu kemudian telah bertindak memecut lalu dan telah cuba merempuh anggota PGA. Insiden itu menyebabkan anggota PGA melepaskan dua das tembakan ke arah tayar hadapan dan belakang kereta untuk menghentikan kereta tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Markas Taktikal PGA, Lubok Stol di sini hari ini.

Mannadzar memberitahu, tembakan tersebut telah menyebabkan kereta dipandu suspek terbabas sebelum pemandunya melarikan diri ke kawasan semak berhampiran. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI