fbpx

MOTAC atur sesi latihan dengan syarikat pengendali umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang mengatur sesi Training for Trainers (TOT) kepada semua syarikat pengendali umrah yang berlesen di bawah MOTAC mengenai pemakaian prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi umrah.

MOTAC dalam kenyataannya memaklumkan, sesi tersebut akan dijalankan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mereka seterusnya bertanggungjawab untuk memberikan taklimat penerangan kepada jemaah di bawah kendalian mereka sebelum berlepas mengerjakan umrah,” katanya di sini hari ini.

Berdasarkan pelaksanaan SOP baharu umrah dikuatkuasakan bermula 14 Februari yang telah dipersetujui Mesyuarat Ke-12 Menteri Kuartet Covid-19 pada 8 Februari, syarikat pengendali umrah perlu melantik Person In Charge (PIC) bagi kumpulan yang mempunyai 40 jemaah dan ke atas.

Ia untuk mengawal atau mengelola jemaah sepanjang perjalanan termasuk semasa di lapangan terbang atau Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Malaysia.

Bagi kumpulan yang kurang daripada 40 jemaah, PIC perlu menguruskan jemaah di PMA, manakala tatacara pengurusan dan bagaimana untuk memohon kebenaran PIC untuk masuk ke ruang PMA di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan dimaklumkan kemudian melalui persatuan-persatuan pengendali umrah.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI