fbpx

Tak perlu periksa suhu badan di institusi pendidikan bawah KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pemeriksaan suhu badan sebelum masuk ke premis institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) tidak diwajibkan berkuat kuasa esok.

KPM dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat dengan merujuk kepada pengumuman Menteri Kanan Pertahanan kelmarin berkaitan pemansuhan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan suhu badan dan buku rekod mendaftar masuk ke mana-mana premis.

“Namun, semua guru, anggota kumpulan pelaksana (AKP), pekerja perkhidmatan sokongan dan pelawat masih diwajibkan untuk mengimbas kod QR melalui aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis institusi pendidikan bawah KPM.

“Sebagai langkah keselamatan, ibu bapa atau penjaga dimohon untuk memastikan anak atau anak jagaan berada dalam keadaan sihat dan tidak bergejala sebelum hadir ke sekolah,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, murid yang bergejala atau mempunyai ahli keluarga yang disahkan positif Covid-19 serta tinggal serumah adalah tidak dibenarkan untuk hadir ke sekolah.

“Tahap kesihatan murid semasa berada di sekolah akan dipantau secara berterusan bagi memastikan murid yang bergejala diasingkan di bilik isolasi untuk tindakan selanjutnya.

“KPM juga menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI