fbpx

Tiada didikan Islamik? Mia Sara ‘menjawab’ dengan Balqis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIAT mempertahankan rakan seperjuangan, Puteri Balqis (kanan) dalam TikTok 'memakan diri' Mia Sara apabila pelakon itu tidak bersetuju dengan pendapat dilontarkan berkenaan gaya hidupnya.

PETALING JAYA – “Dia (Puteri Balqis) tidak dididik dengan gaya hidup Islamik sejak kecil, nak tegur silakan tapi usah letakkan kesalahan di bahunya.”

Pendapat terbuka pelakon remaja Mia Sara, 17, tentang kehidupan rakan seperjuangan, Puteri Balqis itu ternyata tidak seperti yang diharapkan, sebaliknya mengundang lebih banyak kecaman.

Lebih parah, pendekatan Mia turut seperti mengeruhkan keadaan dan meremukkan hati Balqis.

Tidak sekadar berdiam, Puteri Balqis atau mesra dengan nama panggilan Aqish tampil memulangkan paku buah keras kepada Mia.

Balqis atau nama sebenarnya, Puteri Balqis Azizi, 15, mempersoalkan motif penulisan Mia dalam TikTok yang seolah-olah sengaja hendak memburuk-burukkan, sekali gus mencetuskan lebih banyak kecaman netizen buat dirinya.

“Saya baru tahu tentang ini (Mia Sara). Mengapa selebriti ‘budak-budak’ ini menulis buruk tentang saya dan kehidupan saya dalam TikTok serta meninggalkan komen secara umum? How angelic of you (baiknya diri anda).

“Saya disumpah seranah oleh beribu orang selepas dia meninggalkan komen tentang diri saya.

“Sejujurnya, apa yang ditulisnya sangat melukakan hati saya,” tulis Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia 2014 itu.

Balqis turut mempertahankan ibunya, Norashikin Mohd. Aziz yang telah membesarkan dirinya dan mengajar perkara baik-baik sedari dirinya kecil. Tegas Balqis, ibu sangat menyayangi dirinya.

“Orang yang anda kata itu adalah ibu saya. Satu-satunya wanita dan individu yang paling menyayangi diri saya. Tindakan anda (Mia), menyebabkan luka yang sukar untuk saya tanggung.

“Saya dibesarkan untuk tidak bercakap perkara buruk tentang orang lain sekalipun hati saya disakiti. Saya dibesarkan untuk tidak memuat naik (foto) rupa yang hanya cantik tanpa memberi ilmu pengetahuan kepada penyokong dan kawan-kawan,” ujarnya.

Balqis turut menyelar dengan nada sarkastik bahawa bertudung tidak memberi tiket untuk seseorang seperti Mia bercakap perkara buruk tentang orang lain.

“Saya tidak pernah dibesarkan menggunakan tudung sebagai alasan untuk bercakap perkara yang bukan-bukan di belakang media sosial dan demi publisiti. Saya adalah siapa diri saya

“Pakai tudung tidak memberikan anda akses percuma untuk bercakap buruk tentang orang lain. Agama tak memberikan anda akses percuma untuk mendera orang lain. ‘Hebatnya’ cara anda menunjukkan peribadi di depan jutaan pengikut media sosial,” tegurnya.

Sebelum Mia berniat ingin bercakap perkara buruk tentang dirinya, Balqis memohon agar pelakon itu membetulkan nahu atau tatabahasa Inggerisnya.

“Dengan penuh rasa hormat, tolong betulkan tatabahasa (grammar) anda sebelum mengata tentang saya.

“Ibu saya merupakan pakar sebenar-benarnya dalam mendidik saya dengan penguasaan Inggeris yang baik. Kami tak guna bahasa ‘rempit’ TikTok yang anda gunakan dalam plaform media sosial berkenaan dan juga Twitter,” katanya.

Sebelum mengakhiri teguran terbuka, Balqis memberi pesanan berbunyi: “Melalui lafaz lidah yang dizahirkan, manusia berbahagia. Melalui lafaz perbuatan yang dizahirkan, manusia menderita.”

Terdahulu, Mia menerusi TikTok menyentuh tentang kehidupan Balqis. Menerusi beberapa bacaan ruangan komen TikTok yang ditinggalkan, Mia atau nama sebenarnya, Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan menafikan dirinya bercakap perkara negatif tentang pelakon tersebut, sebaliknya tampil mempertahankan dirinya.

“Ada saya cakap famili dia (Balqis) teruk? Saya cuma cakap jangan hakimi dia sebab tak semua dibesarkan dengan agama. Sebaliknya, tegurlah dia elok-elok,” Jelas Mia yang ketika kecil sangat dikenali menerusi filem Lagenda Budak Setan 3: Kasyah.

Baru-baru ini, pelakon Akulah Balqis itu mengejutkan industri hiburan tempatan apabila berpenampilan seksi yang disifatkan khalayak tidak bersesuaian dengan usianya.

Antara perkongsian terbaharu yang menjadi perbualan ramai adalah dirinya menggayakan jaket hitam yang dipadankan dengan t-shirt yang bercorak, skirt pendek hitam dan stoking ‘fishnet’ tengkorak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI