fbpx

Corak tiki-taka punca United sekadar seri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGBA (dua dari kanan) berjaya meledak satu gol, namun ia masih gagal membantu United untuk menewaskan Burnley di Turf Moor awal pagi semalam. – AFP

BURNLEY – Pengurus sementara Manchester United, Ralf Rangnick berang selepas skuad bimbingannya hanya berupaya mencatat keputusan seri 1-1 ketika bertemu Burnley dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Turf Moor awal pagi semalam.

United yang turun sebagai pasukan pelawat terlebih dahulu mendahului perlawanan menerusi Paul Pogba pada minit ke-18 sebelum Burnley menyamakan kedudukan hasil jaringan Jay Rodriguez di separuh masa kedua.

Rangnick berkata, pemain-pemainnya cuba bermain menggunakan taktik tiki-taka pada separuh masa kedua sehingga menjejaskan peluang United untuk menambah jaringan.

“Kami tahu mereka (Burnley) akan bermain lebih agresif di separuh masa kedua, jadi pemain sepatutnya menge­kalkan permainan secara terbuka. Namun, kami agak perlahan dalam 20 minit pertama babak kedua.

“Selain itu, pemain-pemain juga cuba bermain secara tiki-taka dalam kawasan sendiri. Ia langsung tidak membantu pasukan untuk menyerang. Kami ada melancar serangan balas pantas tetapi ia dapat dipatahkan dengan begitu mudah,” katanya.

Pengendali dari Jerman itu turut menuntut aksi lebih konsisten daripada barisan pemainnya memandangkan mereka memiliki peluang yang sangat baik untuk mengutip tiga mata dalam perlawanan tersebut.

“Kami sepatutnya mendahului dengan tiga gol pada separuh masa pertama, namun pengadil membatalkan dua jaringan. Saya tidak faham mengapa penjaga garisan mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan,” ujar Rangnick. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI