fbpx

Peniaga rugi feri kerap tergendala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAINUDDIN sedang menyusun barang perniagaan ketika tiada trip feri penumpang di premisnya di Kuala Perlis semalam.

KUALA PERLIS – Pemilik premis makanan di sini berharap kerajaan dapat menyelesaikan masalah air cetek yang mengakibatkan operasi feri dari Terminal Feri Kuala Perlis kerap tergendala.

Mereka berharap isu tersebut dapat diselesaikan segera tanpa mengambil tempoh yang lama.

Rata-rata mereka mahu kerajaan mempertimbangkan pembinaan jambatan pejalan kaki dari terminal utama ke tengah muara Sungai Perlis dengan kemudahan pontun terapung.

Pada ketika ini, kerja-kerja pengerukan kecemasan bagi mendalamkan alur pelayaran cetek sedang dilakukan, namun kesannya didakwa bersifat sementara.

Pengusaha kedai makan, Ikmal Shakir Marizan, 33, berkata, pembinaan struktur tambahan itu mampu mengatasi masalah kelewatan jadual feri selain memberi kesan positif terhadap sektor pelancongan dan sosio ekonomi setempat.

SITUASI semasa aktiviti pengerukan di Terminal Feri Kuala Perlis di Kuala Perlis semalam.

“Pembinaan jambatan dan pontun itu hanya memerlukan kos rendah serta masa yang singkat berbanding pembinaan terminal feri baharu.

Berita berkaitan: 400 penumpang feri kecewa terkandas lapan jam

“Kelancaran operasi feri mampu mengekalkan pendapatan peniaga di sekitar ini yang sememangnya bergantung kepada kehadiran pelancong yang mahu ke Pulau Langkawi,” katanya di sini semalam.

Seorang lagi peniaga gerai makan dan minuman, Zainuddin Ismail, 54, berkata, dia turut bersetuju dengan pembinaan jambatan pejalan kaki dan pontun di tengah muara Sungai Perlis bagi mengelakkan kejadian feri terkandas berulang lagi.

“Kaedah itu mampu mengembalikan kekerapan trip feri penumpang kerana pendapatan peniaga kecil seperti kami memang bergantung penuh kepada kehadiran pelancong,” katanya.

Baru-baru ini pelancong-pelancong di Jeti Kuah, Langkawi terkandas hampir lapan jam di­sebabkan air cetek menyebabkan feri tidak dapat beroperasi seperti biasa.

Keadaan alur cetek itu didakwa sudah berlaku sejak 10 tahun lalu dan kerja-kerja mendalamkan alur sedang giat dijalankan sekarang ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI