fbpx

Bedah jantung selamatkan dua anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Qoyyum (kiri) bersama Saziatul dan dua anak perempuannya yang menghidap masalah jantung ketika ditemui di Seberang Jaya kelmarin.

SEBERANG PERAI – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Mungkin itu perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh seorang penganggur, Muhammad Qoyyum Zuki, 32, apabila dua orang anak perempuannya menderita akibat masalah jantung.

Pada masa yang sama, iste­rinya, Saziatul Idayu Muhammad Azhar, 30, dan seorang lagi anak lelaki mereka turut menderita akibat penyakit tiroid dan masalah bibir sumbing sejak lahir.

Ketika ini, salah seorang daripada anak perempuan mereka iaitu si bongsu, Hannah Qatrunnada Muhammad Qoyyum yang berusia 14 bulan telah didiagnosis mempunyai kecacatan jantung sejak lahir dan memerlukan pemantauan rapi.

Menurut Pengerusi One Hope Charity and Welfare (One Hope Charity), Datuk Chua Sui Hau, hasil semakan mendapati, kakak kepada bayi tersebut iaitu Hannan Qu Sofea juga pernah menerima bantuan daripada pihaknya kira-kira lima tahun lalu dan selamat menjalani pembedahan jantung.

Sui Hau berkata, ketika ini, masalah jantung yang dihadapi oleh Hannah Qatrunnada bertambah buruk dan satu pembedahan segera perlu dijalankan untuk menyelamatkan nyawanya.

“Kos pembedahan jantung untuk bayi itu dianggarkan mence­cah RM70,000 dan ini telah menyebabkan keluarga tersebut buntu dan seterusnya terpaksa meminta bantuan semula daripada pihak One Hope Charity.

“Selepas membuat beberapa pengesahan, kami akhirnya bersetuju untuk membantu mereka mengutip dana daripada orang awam bagi tujuan pembedahan berkenaan,” katanya.

Jelas Sui Hau, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan kepada keluarga itu boleh berbuat demikian menerusi akaun Public Bank Berhad di bawah nama One Hope Charity yang bernombor 3201428817.

Tambahnya, bantuan juga boleh dihulurkan menerusi laman sesawang www.onehopecharity.org atau melalui aplikasi One Hope Charity selain boleh menghubungi talian 016-419 2192, 019-232 2192 atau 04-539 9212 untuk maklumat lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN