fbpx

PRN Johor: PN letak semua calon di 56 kerusi DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Perikatan Nasional (PN) akan meletakkan calon di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

Setiausaha Badan Perhubungan PN Negeri Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, kesemua kerusi itu melibatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama Pas dan Gerakan sebagai anggota parti PN Johor.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menyempurnakan mesyuarat khas dan memutuskan PRN Johor Ke-15 perlu diadakan bagi mengisi kekosongan 56 kerusi DUN. Dengan pengumuman tarikh penting tersebut, PN Negeri Johor akan meneruskan dan memperkasakan gerak kerja jentera bagi menghadapi pilihan raya ini.

“Sebagai menghormati sistem Demokrasi Berparlimen, Bersatu bersama Pas dan Gerakan sebagai Anggota Parti Perikatan Nasional akan meletakkan calon di semua kerusi yang dipertandingkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI