fbpx

Warga emas mati dalam bilik air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA yang ditemui terbaring di bilik air rumahnya di Jalan Anggerik 48, Taman Johor Jaya hari ini.

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga emas ditemui mati dalam keadaan terbaring di lantai bilik air rumahnya di Jalan Anggerik 48, Taman Johor Jaya, di sini pagi tadi.

Mangsa, Tai Soon Tee, 70, dipercayai terperangkap di kediamannya sebelum disedari rakan yang berkunjung rumah warga emas terbabit.

Menurut Komander Operasi, PBK II Mohd. Kamal Shaari, rakan mangsa ke rumahnya selepas Soon Tee tidak hadir untuk membuat dialisis di klinik berhampiran.

“Rakan mangsa membuat panggilan kecemasan pada pukul 10.35 pagi sebelum pihak kita ke lokasi kejadian.

“Sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya dengan kekuatan seramai tujuh orang bergegas ke tempat kejadian sejurus panggilan diterima,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Kamal berkata, setiba di tempat kejadian, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak membuka pintu rumah dengan menggunakan peralatan khas dan menemukan mangsa yang tidak sedarkan diri terbaring di bilik air.

Katanya, mangsa disahkan meninggalkan dunia oleh pembantu pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mohd. Kamal berkata, operasi terbabit ditamatkan pada pukul 11.20 pagi ini.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI