fbpx

Kes naik, rakyat gesa jangan buka sempadan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Orang ramai menggesa agar kerajaan menangguhkan dahulu pembukaan sempadan negara berikutan jumlah kes jangkitan Covid-19 yang melonjak tinggi.

Semalam, kes jangkitan Covid-19 mencatatkan sebanyak 13,944 kes dan meningkat kepada 17,134 kes hari ini sekali gus menimbulkan kebimbangan kepada orang ramai.

Tinjauan Kosmo! di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mendapati, rata-rata pengguna menggesa agar kerajaan tidak terburu-buru membuka sempadan negara dan kekalkan arahan keperluan untuk menjalankan kuarantin wajib bagi pengunjung dari luar negara.

“Harap kes hari ini membuka mata kerajaan untuk tidak tergesa-gesa buka sempadan negara. Makin bertambah-tambah kes nanti dengan varian yang kita tak tahu apa lagi bakal muncul,” kata Hasya.

“Saya tak sokong sempadan negara dibuka untuk tujuan apa sekalipun. Biarlah tutup dahulu, nanti tak pasal-pasal sempadan negeri pula ditutup semula,” kata Tengku.

“Harap petugas barisan hadapan kita terus teguh, walaupun teruk dicaci maki netizen. Semoga Allah terus merahmati dan melindungi kalian semua,” kata Rosminah.

Sementara itu, ada juga pengguna media sosial yang meminta agar kerajaan melaksanakan penutupan sempadan daerah atau negeri segera agar kes jangkitan dapat dikurangkan sebelum umat Islam berpuasa.

“Lebih baik kerajaan larang dulu rakyat untuk rentas negeri dalam tempoh sebulan ini terutama negeri yang kes jangkitannya tinggi,” kata Harraz.

“Berita tak baik kes naik, ketatkan SOP, bila SOP tak ketat ramai lupa wabak Covid-19 ini masih ada,” kata Caroline.

“Apa kata tutup sempadan negeri sekarang, sekurang-kurangnya dapat kurangkan kes sebelum puasa dan nak sambut Hari Raya,” kata Rizal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI