fbpx

Penternak rugi 17 ekor lembu mati disyaki diracun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian ternakan milik Mat Suki yang mati di kawasan dusun di Kampung Baharu di Pokok Sena pada Ahad lalu.

ALOR SETAR – Seorang penternak kerugian kira-kira RM50,000 selepas 17 ekor lembu miliknya mati secara tiba-tiba di kawasan dusun Kampung Baharu, Panchor, Mukim Derang di Pokok Sena dekat sini Ahad lalu.

Mat Suki Saidin, 55, berkata, kejadian itu disedari adiknya Hamzah,53, kira-kira pukul 6.30 petang sebelum menghubunginya yang berada di Alor Setar.

Katanya, selepas mendapat berita itu dia bergegas pulang ke kampungnya bagi memastikan sama ada benar melibatkan ternakannya dan punca kematian.

“Sebaik sampai, saya mendapati beberapa ekor lembu itu sudah mati bergelimpangan di dalam dusun buah-buahan.

“Lebih menyedihkan apabila masih ada beberapa ekor lembu yang masih lagi bernyawa tetapi dalam keadaan mulut berbuih,” katanya di sini hari ini.

Katanya, dia berasa sangat sedih dengan kejadian itu dan mengesyaki lembunya diracun oleh pihak tidak bertanggungjawab. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI