fbpx

Suspek kes bunuh bayi direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Eliana (tiga dari kiri) menemui suspek untuk menentukan tempoh reman di wad Hospital Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Remaja perempuan berusia 15 tahun yang disyaki membunuh bayi lelaki baru dilahirkannya semalam ditahan reman selama tujuh hari sehingga 15 Februari depan.

Perintah reman itu dibenarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman di Hospital Kemaman di sini hari ini.

Suspek yang keciciran persekolahan beberapa tahun lalu masih menerima rawatan di wad hospital itu setelah ditahan polis kelmarin.

Terdahulu Tengku Eliana tiba di Hospital Kemaman pada pukul 12.40 tengah hari semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kosmo! hari ini melaporkan seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui mati dengan kesan luka di bahagian dada kiri dipercayai ditikam ibunya.

Remaja perempuan terbabit dipercayai berada bersendirian di rumahnya di daerah ini sewaktu bersalin. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI