fbpx

2,034 notis dikeluarkan JPJ Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGARAH JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf, bertemu pemandu dan penumpang ketika mengadakan Advokasi Keselamatan Jalan Raya (pemandu dan penumpang bas) dan Penguatkuasaan Tahun Baru Cina 2022 di Terminal 1, Seremban.-GAMBAR : MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan telah mengeluarkan 2,034 notis kesalahan melibatkan 891 kenderaan semasa Operasi Tahun Baru Cina (TBC) 2022.

Menurut Pengarahnya, Hanif Yusabra Yusuf, pihaknya telah memeriksa sebanyak 7,153 kenderaan semasa penguatkuasaan khas sempena musim perayaanitu yang diadakan selama dua minggu bermula 25 Januari hingga semalam (8 Februari).

Katanya, sebanyak 622 kesalahan melibatkan kesalahan berkaitan pelesenan kenderaan, kesalahan teknikal (556), pelesenan pemandu (551), tujuh kesalahan utama (127), kesalahan berkaitan muatan (110) dan lain-lain kesalahan (68).

“Sepanjang tempoh berkenaan JPJ telah melaksanakan tujuh strategi penguatkuasaan seperti pemeriksaan bas di depoh serta terminal, rondaan di lebuhraya dan jalan utama, penguatkuasaan motosikal.

“Penyamaran sebagai penumpang bas, rakaman video kesalahan secara elektronik di lebuh raya dengan menggunakan kamera kenderaan penguatkuasaan dash camera/enforcement action camera (EAC), aduan awam dan ceramah keselamatan jalan raya di agensi-agensi pejabat kerajaan dan university awam dan swasta,” katanya.

Beliau kerkata demikian ketika sidang akhbar Operasi TBC 2022 di Terminal 1 di sini malam tadi. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI