fbpx

‘Pintu berhantu’ timbul tanda tanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan pintu di pusat beli-belah terbuka dan tertutup dengan sendiri mengundang tanda tanya pengguna media sosial

PETALING JAYA – Memang satu lumrah bagi masyarakat Melayu di negara ini untuk mengaitkan sebarang kejadian di luar jangkaan sebagai satu aktiviti paranormal atau berhantu.

Menerusi sebuah video dimuat naik di media sosial oleh seorang pengguna bernama Fiesha, beliau merakam pintu di sebuah pusat beli-belah terbuka dan tertutup dengan sendiri sebanyak dua kali.

“Sebenarnya saja singgah Lalaport Bukit Bintang yang baru buka bekas tapak Penjara Pudu untuk jalan-jalan.

“Tiba-tiba dekat tingkat dua aku perasan pintu kaca terbuka dan tertutup sendiri, tak mungkin pintu itu ada sensor sebab ada engsel besi atas,” kata wanita itu.

Video seram berdurasi 32 saat itu mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial lain yang berasa takut dan pada waktu yang sama skeptikal dengan kejadian tersebut.

“Kenapa nampak video ni waktu sekarang, seram,” komen Jana Hamid.

“Tiada perkara ghaib pun, ini benda normal sebab masalah pintu dan cara pasang, perkara boleh dijelaskan tapi kita suka percaya perkara karut,” ujar Sharon.

“Melayu dan hantu berpisah tiada. Satu lagi, Melayu dan bomoh juga,” ujar Suraya Muhamad. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI