fbpx

Hak milik tanah kepada koperasi di Felda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nazri ngah (enam dari kiri) pada program pemutihan dan pemilikan tanah koperask Felda di Dewan Datuk Zaharuddin Abu Kassim Kerdai di Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Kerajaan negeri akan memberikan hak milik tanah yang diusahakan koperasi di kawasan Felda di negeri ini dalam usaha memperkasakan lagi koperasi di kawasan tanah rancangan Felda.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Nazri Ngah berkata, sehingga kini sebanyak 114 koperasi Felda dikenal pasti dalam program pemutihan dan pemilikan tanah koperasi yang sedang giat dilakukan.

“Pendekatan berstrategik kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ini adalah bagi membantu Koperasi Felda meningkatkan pegangan aset dan perolehan koperasi.

“Ia juga sekali gus memberi peluang kepada koperasi untuk menjana pelbagai aktiviti ekonomi yang dapat merapatkan jurang antara bandar dan kawasan bandar kecil serta tanah rancangan Felda,” katanya dalam sidang akhbar selepas program pemutihan dan pemilikan tanah koperasi Felda di Dewan Datuk Zaharuddin Abu Kassim Kerdau di sini hari ini.

Menurut Nazri setakat ini sebanyak 80 buah koperasi berminat dalam program ini manakala selebihnya masih dalam perbincangan dengan Ahli Lembaga Koperasi (ALK).

Katanya melalui usaha ini Ahli Lembaga Koperasi atau pengurusan koperasi perlu melantik juruukur berlesen bagi membantu penyediaan pelan pra-Hitungan di lokasi permohonan.

Dalam pada itu beliau berkata, dengan pemilikan tanah Felda secara langsung kerajaan Pahang dapat membantu dan merangsang pertambahan pendapatan warga Felda dengan menjadikan koperasi sebagai platform perniagaan di Felda.

Tambahnya, pemberian geran tanah kepada koperasi di Felda juga akan memberi manfaat kepada kerajaan negeri yang mendapat pendapatan dalam bentuk cukai tanah.

“Pemilikan tanah ke atas aset koperasi di rancangan Felda seperti stesen minyak juga memastikan masa depan koperasi lebih terjamin sekiranya berlaku perkara tidak diingini seperti perubahan tampuk pemerintahan negara,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI