fbpx

Tiga SOP baharu umrah bermula 14 Februari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu akan dikuatkuasakan kepada jemaah yang akan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci, bermula Isnin hadapan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, antara SOP baharu itu adalah, person-in-charge (PIC) dari agen pelancongan perlu memantau kepatuhan jemaah umrah semasa di Tanah Suci, perjalanan balik ke Malaysia dan semasa di pintu masuk antarabangsa.

Selain itu katanya, jemaah umrah dibenarkan menjalani kuarantin wajib di kediaman masing-masing tanpa memohon kelulusan Home Quarantine Application (HQA) seperti sebelum ini.

“Tetapi jemaah dibenarkan menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin swasta dengan kos penginapan, makan minum dan rawatan ditanggung sendiri.

“Selain itu katanya, kerajaan juga mewajibkan dos penggalak kepada jemaah yang ingin mengerjakan umrah,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Kuartet Menteri di Wisma Pertahanan hari ini.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, bagi jemaah yang berangkat ke Tanah Suci hari ini sehingga 13 Februari hadapan terikat dengan SOP sedia ada.

“Walaubagaimanapun, apabila mereka pulang semula ke tanah air kelak, diwajibkan mematuhi SOP baharu yang telah dikuatkuasakan,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI