fbpx

Chelsea hilang tiga tonggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOUNT (kiri) berdepan masalah kecederaan menyebabkan dia terpaksa diketepikan pada aksi menentang Al-Hilal awal pagi esok. – AFP

ABU DHABI – Juara Eropah, Chelsea dilihat berdepan tugas sukar dalam misi untuk melangkah ke pentas final Piala Kelab Dunia yang kini berlangsung di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Ia selepas The Blues kehila­ngan khidmat tiga pemain utama iaitu kapten, Cesar Azpilicueta, Mason Mount dan Hakim Ziyech untuk aksi separuh akhir menentang juara Asia, Al-Hilal di Stadium Mohammed Bin Zayed awal pagi esok.

“Kami berdepan beberapa masalah ketika ini. Mason (Mount) dan Hakim (Ziyech) terpaksa diketepikan kerana masalah kecederaan.

“Azpi (Azpilicueta) pula ­me­ng­alami hamstring. Selain itu, ada beberapa pemain juga mengalami masalah otot tetapi ia tidak serius,” kata penolong jurulatih Chelsea, Michel Arnos.

Tiga pemain berkenaan me­ng­alami kecederaan itu ketika menewaskan Plymouth Argyle 2-1 dalam aksi pusingan keempat Piala FA di Stamford Bridge pada 5 Februari lalu.

Ia sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kem Chelsea yang juga terpaksa berlepas ke Abu Dhabi tanpa kehadiran Thomas Tuchel selepas pengurus dari Jerman itu disahkan positif Covid-19.

Situasi itu dilihat memberikan kelebihan kepada Al-Hilal yang ketika ini berada pada tahap terbaik selepas membelasah wakil UAE, Al-Jazira 6-1 pada aksi suku akhir kelmarin.

Bagaimanapun, Chelsea boleh menarik nafas lega apabila kembali diperkuatkan dengan keha­diran penjaga gol utama, Edouard Mendy yang baru sahaja berjaya membantu Senegal menjulang kejuaraan Piala Negara-Negara Afrika menewaskan Mesir kelmarin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI